My Melody

Sunday, March 1, 2015

Peranan Generasi Muda Terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dan Belia Negara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, permulaan dari kami adalah pantun yang indah lagi mengembirakan.

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Air pasang surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Dikala kita bersuka ria hendaklah kita mengenang orang yang telah memberikan kemerdekaan. Ramai yang perlu kita ketahui untuk mengenang kembali pengorbanan para pejuang yang memerdekakan Negara kita. Dengan ini, kami telah membuat tajuk tentang peranan generasi muda terhadap dasar kebudayaan kebangsaaan dan belia Negara.





Peranan Generasi Muda Terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dan Belia Negara

Generasi muda memainkan peranan dalam membangun dan memupuk dasar-dasar  negara dalam menjamin keharmonian dan pembangunan negara.Mereka harus diperkenalkan dengan dasar-dasar yang disediakan pentadbiran negara secara terus mempraktikkan dan mengambil pengajaran dari dasar-dasar berikut. 

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN



Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.

 Objektif

Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.


DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA




·         Pendahuluan

Ø    Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Ø    Keupayaan mengembleng tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.



·         Takrif Belia

Ø    Dari segi umur belia ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Walau bagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.



·         Matlamat

Ø    Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.


·         Strategi

Untuk mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:-

  1. Pembangunan Ilmu
  2. Pembentukan Sikap
  3. Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan
  4. Kemudahan Interaksi Sosial
  5. Kemudahan Interaksi Sosial
  6. Perkongsian Dalam Pembangunan
  7. Jaringan Hubungan Antarabangsa


Kesimpulan

Kesimpulannya, semua remaja mempunyai tanggungjawab dan masing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana pemudaharapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan baik, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkandiri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas. 








RUJUKAN



SEKIAN DARI KAMI

No comments:

Post a Comment